Keblinger

Keblinger

Revolusi Henset Aku Form 5 - 2011

| Monday, May 16, 2011
Assalamualaikum..
Sekadar imbas kembali sejarah tepon yang penah menjadi milik aku satu tika dulu. hehe. time tu, henpon bak emas n permata. mahal nak mampus. skang ni? celah gigi je leh beli. wakakaka. tapi seronot time pakai henpon dulu tak seperti skang. henpon skang tak de value. hehe. tak de soul. neway, usha jom henpon yang penah menjadi milik aku. ~~
 Ni henset 2nd aku, Motorola c60. yang ni pun pakai kejap je coz susah tak de vibrate. lagi satu, besa dabak!! baling anjing pun mati. hehe. same seperti spec kat atas, tak de vibrate, cuma sms n call je. game pun ade gak kot. aku tak ingat la. ;p
 Ni SN, SNk770i. henset 3rd aku. time ni, sagem jenama yang sangat fofular. menyaingi henset lain. function dier banyak gak la. leh tuka casing. leh men game. vibrate pun kuat. rekabentuk comey, except for the antena la. hehe. aku pilih sagem coz time tu ramai sangat pakai nokia. tak variety langsung. hehe. tapi pilihan aku tepat.


at last, sampai ke penghujung post ni, mengungguli carta sume tepon yang aku penah pakai, Samsung SL GT i9003. what u want, u get it in one price. hehe. car stand, car charger adelah standard eksesori yang aku dapat sekali. tepon ni bulid in gps, wifi, 3G, 5mp, leh topup memory sampai 16gb kot, Android 2.2 Froyo. leh install macam-macam game. hee. lagi berbaloi bila aku beli yang ori punye set harga die aku beli cecah 1k lebey .Aku rasa nie last enset aku akan pakai...heheh mungkin aku nak beli tunggu 5 tahun lagi huhu....

Kesimpulanya:
1.Aku bukan jenis suka tukar phone
2.Aku suka tengok bukan beli
3.Kalau nak beli aku akan beli yang paling mahal hoho
-Gunalah dan beli ikut kemampuan korang ok-
Salam sume

Selamat Hari Ibu 2011

| Sunday, May 8, 2011
















Love My Mum....Love my dad also

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia..


[[Layan Lagu Jasa Bonda yang membuatkanku menangis seketika]]

DuniaWi Sekarng 2010

| Tuesday, February 16, 2010



2 Hari yang lepas aku pegi selangor tengok anak abng aku yang bersalin tue eheh,aku tidur kat hotel sungai besar sebab dekat skit dengan uma kakak aku..Kat hotel tue aku terbaca tentang orang buang bayi dan bakar bayi....mak aii jahilliah betol,dah sama macam zaman jahilliah la plak zaman nie...kesian aku tengok,ada parent yang inginkan anak tapi tak dapat diorang suka suki buang and bakar.........Nak salahkan lelaki tetapi tepuk tangan sebelah mana berbunyi,jadi rasa best tue sekejap je tapi rasa dosa tue mak aii lama ....Tak lama lagi ada valentine day mesti ada hamba allah nie still pikir cari pot yang terbaeek,pastue 9 bulan nanti ada la ramai buang anak....kalau kasi kondom free konfirm orang cakap kita galakkan ,kalau xbagi jadi camnie plak buang bayi bakar la ,macam-macam...............aku rasa perlu ada spender besi atau bagi satu tanda yang cakap dia dara .....kalau xde leh detect..hehe tue pendapat aku la ....panjang2 lak ..ok see ya..

Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).

Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Kengkawan layan lagu best nie ....

| Sunday, November 29, 2009
Lagu nie member thailand saya yang cadangkan kat saya..pastue terus jadi suka....



Ne plak lagu sempoi dari thai gak hehhe..layanzzzz

Salam semua

| Sunday, October 11, 2009
Salam...dah lama saya tak update blog ini sebab bnyak kerja perlu dilakukan maklumlah kerja jual2 laptop ni banyak keluar ja...kat sini saya nak kongsi kepada kawan2 blogger dengan 100 jenis icon yang cantik ...downloadlah ....



Tunggu update saya dengan pelbagai lagi jenis graphic menarik

Berdomain baru 2009 !!

| Monday, August 31, 2009
Kini lelakidandotdot berwajah baru kerana dari blogspot berpindah ke lelakidandotdot.info.
Jadi dengan ini saya bersa sanagat seronok dapat ke domain baru...

Bawah nie saya sediakan ebook free untuk anda..apalagi download ..

1.DOWNLOAD

Tip dan Training !

| Wednesday, August 26, 2009






Anda Suka benda kat atas nie hehe buleh create design macam2 kan jadi yang perlu ada ada iaitu
1. Adobe Illustrator dan kalau takda apalagi pergi cari kat kedai cd berhampiran.
2.Download file design tue
3.Design mengikut anda suka
*Saya sertakan sekali design lain untuk design anda
Followla blog ini untuk tip yang berikutnya!!

Download Design
 

Copyright © 2010 Lelakidandotdot....